Brazil ranapkan impian juara dunia
MARSEILLE – Brazil mencipta kejutan apabila menafikan hasrat juara dunia, Sepanyol melangkah ke pentas final bola sepak wanita Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi kemenangan 4-2 di peringkat separuh akhir di Stade de Marseille awal pagi tadi.
Kepulangan bekas pemain terbaik dunia sebanyak enam kali, Marta ternyata menyuntik semangat baharu buat Brazil yang kini berada pada landasan tepat untuk memburu pingat emas pertama dalam tujuh penampilan di pentas Olimpik.
Bagaimanapun, ia tidak mudah kerana Selecao bakal berentap di pentas final dengan bekas juara Olimpik empat kali, Amerika Syarikat (AS) yang menewaskan Jerman 1-0 hasil jaringan tunggal Sophia Smith di Stade de Lyon awal pagi semalam.
Penyerang gantian Brazil, Kerolin yang meledak salah satu daripada empat gol Brazil, percaya dengan kemampuan dan taktikal bakal direncanakan jurulatihnya, Arthur Elias untuk aksi final di Parc des Princes pada 11 Ogos ini.
“Kami turun menghadapi perlawanan ini dengan penuh keyakinan kerana kami mempercayai Arthur sepenuhnya. Kami tahu dia mampu menghadirkan sesuatu yang positif buat kami.
“Kejayaan ini sangat emosi kerana kami telah memberikan segala-galanya untuk memastikan Brazil ke pentas final Olimpik buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun,” kata Kerolin.
Sementara itu, pemain tengah Sepanyol, Jennifer Hermoso menggesa rakan sepasukannya agar bangkit menebus kekecewaan itu dengan memastikan pingat gangsa apabila bertemu Jerman pada 10 Ogos ini.
“Kami langsung tidak menjangka bolos seawal minit keenam dan saya rasakan ia salah satu faktor kami bergelut hari ini. Sekarang kami perlu kuat dan menang pingat gangsa,” jelasnya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source