Barcelona enggan lagi pertahan De Jong
BARCELONA – Gergasi La Liga, Barcelona dilaporkan bersedia untuk melepaskan pemain buruan Manchester United, Frenkie De Jong dengan harga yang sekali ganda lebih murah berbanding nilai yang diminta sebelum ini.
Laporan menyebut bahawa United masih mendambakan De Jong menyarung jersi pasukan itu, tetapi mereka tiba dengan proposal baharu dengan memasukkan terma pertukaran pemain untuk membolehkan urusan berkenaan direalisasikan.
United yang kini diuruskan oleh pasukan rundingan baharu dilantik oleh INEOS yang menjadi pemilik bersama pasukan dilihat lebih berhati-hati dalam urusan perpindahan dan tidak mahu menanggung kerugian lebih besar.
Justeru, mereka cuba memasukkan pemain sayap, Antony sebagai sebahagian daripada subjek pertukaran biarpun pemain itu adalah pemain kedua termahal pernah ditandatangani mereka dari Ajax pada 2022 dengan nilai £82 juta (RM463.23 juta).
Laporan di Sepanyol menyebut, United bersedia membantu Barcelona menangani masalah kewangan dengan membeli De Jong dengan sejumlah wang yang akan dibayar, namun gergasi Sepanyol itu perlu bersetuju untuk menerima Antony.
Bagaimanapun, Barcelona dikatakan tidak berminat dengan tawaran berkenaan dan meletakkan tanda harga sekitar £30 juta (RM169.47 juta) hingga £34 juta (RM192.07 juta) untuk melepaskan De Jong berbanding harga lama £70 juta (RM395.44 juta). – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source