Shah Firdaus mara ke suku akhir
KUALA LUMPUR – Atlet berbasikal trek kebangsaan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir keirin lelaki pada Sukan Olimpik Paris 2024 selepas memenangi saringan ketiga repechages.
Pada aksi yang berlangsung di Velodrom Saint Quentin en Yvelines, Paris sebentar tadi, pelumba berusia 29 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga, sekali gus masih menghidupkan harapan Malaysia untuk memenangi pingat emas.
Kemaraan ke suku akhir juga sedikit sebanyak mengubat kekecewaan seluruh rakyat Malaysia selepas jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sekadar menamatkan saingan di saringan pertama.
Mengiringi Shah Firdaus ke suku akhir daripada saringan ketiga repechages tersebut adalah pelumba dari Kanada, Nick Wammes yang menamatkan saingan di kedudukan kedua.
Sebagai rekod, hanya dua pelumba yang berada di kedudukan teratas dalam setiap saringan repechages akan melayakkan diri untuk beraksi pada pusingan suku akhir nanti.
Terdahulu, Azizulhasni tersingkir daripada Olimpik edisi kali ini selepas penyertaannya pada saringan pertama dibatalkan selepas dia didapati memintas pacer terlalu awal. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source