[VIDEO] ‘Anak baru lepas kemoterapi, kena masuk peti ais’
PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki yang juga pesakit kanser mata tahap empat terpaksa diletakkan dalam peti ais setiap malam ekoran kepanasan selepas menjalani rawatan kemoterapi.
Menerusi ‘live’ TikTok bapa kanak-kanak tersebut, @PaPa PanDa bersama pempengaruh Mohamad Asraf Jaafar @acaps19, lelaki itu memberitahu anaknya perlu dimasukkan di dalam peti ais sebelum tidur.
“Biasa bang malam-malam ni dia pelik sikit minta duduk dalam peti ais. Dia baru lepas kemoterapi. Jap saya masukkan dia dalam peti ais.
“Dia macam nilah bang, setiap malam kalau dia nak tidur nak masuk dalam peti ais,” katanya.
Berikutan itu, ramai yang mengikuti ‘live’ tersebut turut menangis bahkan, Mohamad Asraf juga tidak mampu berkata-kata kerana sedih dengan penderitaan kanak-kanak itu.
“Aku tak boleh cakap jap,” katanya sambil menangis sebelum meneruskan kembali perbualan tersebut.
Dalam pada itu, bapa kanak-kanak itu memaklumkan, dia bekerja di estet, manakala isteri tidak bekerja dan duit gajinya hanya mampu membayar bil air dan elektrik.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sedih dan hiba melihat keadaan kanak-kanak itu yang terpaksa menanggung sakit kanser di usia sangat kecil.
“Lepas kemoterapi memang badan panas, orang dewasa pun tak tahan inikan pula budak. Allahuakbar,” kata mohdfarid210.
“Kesiannya budak sekecil itu kena lalui ini semua. Allahu semoga Allah bagi kesembuhan, sihat seperti sediakala macam kanak-kanak lain. Amiinn,” kata cinta_hatinayraCU. – KOSMO! ONLINE
@yulilamisyu Part ni paling sedih Allahh.. kau angkatlah segala kesakitan ank ini.. #fyp ♬ original sound – Luluuu – Yulila
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source