Pengantin bijak jimat kos, hidang piza untuk tetamu
LONDON – Sepasang pengantin baharu yang bijak membelanjakan kurang £3,000 (RM17,340) untuk majlis perkahwinan mereka dengan memesan piza untuk tetamu, lapor portal berita Manchester Evening News semalam.
Jamie-Louise, 22, dan suaminya, Sam Phillips, 25, mahu mengurangkan kos kerana purata perbelanjaan majlis perkahwinan di United Kingdom agak mahal iaitu sekitar £20,000 (RM115,605).
Mereka bergelut mencari lokasi sesuai dan akhirnya menyewa sebuah penginapan dan halaman Airbnb selama tiga hari pada harga cuma £600 (RM3,465) di Norwich.
Jamie dan Sam menghias sendiri hartanah tersebut dan menyewa perabot dengan harga £300 (RM1,732). Mereka turut berbelanja £85 (RM490.95) untuk dekorasi.
Pasangan itu memutuskan untuk membatalkan hidangan mewah, sebaliknya berbelanja £200 (RM1,155) untuk makanan termasuk piza berharga £130 (RM750.87).
“Ramai tetamu berkata, ini adalah majlis perkahwinan paling menarik yang pernah mereka hadiri selain berasa sangat santai,” kata Jamie selepas mengira semua perbelanjaan untuk majlis itu kurang £3,000.- AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source