“Ya Allah, Mai Mana Pulak Kisah Ni?” – Nourul Depp Nafi Dah Bercerai Dengan Suami
Penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa geram setelah dia menerima pertanyaan sama ada sudah bercerai dengan suaminya, Eric Daniel Depp.
Dia yang kini menetap di Bali bersama keluarga terkilan dengan sikap individu yang gemar membuat spekulasi terhadap keadaan rumah tangganya.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Nourul memberi nasihat kepada individu itu tidak mencampuri atau mengambil tahu tentang hal rumah tangga orang lain.
Mesej dari seorang pengikut di FB. Ya Allah mai mana pulak kisah ni. Tips untuk semua, tolong jangan baca berita mengarut dalam blog atau mana-mana sumber yang tidak realistik atau tidak boleh dipercayai.
Tambahnya lagi, dakwaan itu boleh menjurus kepada fitnah jika ia tidak benar.
Kepada pembawa cerita yang bukan-bukan yang menjuruskan ke fitnah, sedarla. Kamu takkan ke mana pun.
Nanti mati, baru nak menyesal jika tidak diampunkan. Ada tak undang-undang penjara seumur hidup untuk manusia macam ni.
Sekadar info, Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.
Nourul juga pernah berkahwin dengan komposer muzik, Ajai dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source