Dari Surabaya Ke Jogja, Ini 5 Tempat ‘Underrated’ & Murah Yang Wajib Korang Pergi!
Kalau korang nak tahu, banyak tempat ‘underrated’ menarik yang korang boleh explore di Surabaya dan Yogyakarta tau. Bukan Bromo je korang boleh pergi tapi ada beberapa tempat lain yang lagi best dari yang itu.
Beautifulnara nak kongsi beberapa lokasi yang ‘rare’ dan paling penting tak perlu beratur serta harga sangat berpatutan untuk korang pergi kalau ada plan nak bercuti di Surabaya ataupun Yogyakarta (Jogja).
1. Madakaripura Waterfall
Pemandangan di air terjun Madakaripura ini memang menakjubkan! Kalau siapa-siapa peminat filem Jurassic Park, tempat ini wajib ada dalam itinerary korang. Paling best, tak ramai lagi yang tahu lokasi ini dan hanya perlu berjalan kaki selama 10 hingga 15 minit sebelum tiba di air terjun Madakaripura.
Jangan risau! Korang tak perlu hiking pun sebab jalan nak ke sana hanya mendatar saja.
2. Pasar Beringharjo
Siapa yang minat membeli-belah tu, sila pergi ke Pasar Beringharjo ini. Dah lah barang semua murah-murah, berkualiti pula tu! Kalau rasa nak beli ole-ole untuk diri sendiri atau keluarga, korang wajib pergi sini.
Untuk info ramai, sini banyak jual baju batik, kebaya, dan tudung.
3. Obelix Sea View
Obelix Sea View merupakan tempat tarikan terbaru di Jogja. Ia baru dibuka sebulan yang lalu, di mana pelancong boleh melihat sunset dan pantai di atas puncak. Pemandangan di sini memang cantik sangat. Lagi-lagi bila tengah golden hour, korang wajib OOTD!
4. Gua Kindul
Kalau nak healing, river tubing di Gua Kindul ini wajib ada dalam list korang kalau pergi bercuti di Jogja. Spot yang kami tunjukkan ini merupakan tempat yang paling cetek di gua tersebut dan pelancong boleh turun dari pelampung untuk bermandi-manda. Pastikan korang bawa water sport attire ok!
5. Pengger Pine Forest
Kalau hari pertama tengok sunset di Obelix Sea View, hari kedua pula korang boleh plan untuk menikmati pemandangan sunset di Pengger Pine Forest pula. Kalau cuaca ketika itu adalah musim hujan, hutan ini akan berkabus, ala-ala filem Twilight. Menarik kan?
Paling best, untuk masuk ke dalam Pine Forest, pelancong tidak perlu bayar apa-apa pun kecuali jika mahu mengambil gambar di lokasi tangan yang sudah disediakan itu.
Tunggu apa lagi? Book flight pergi Surabaya atau Jogja atau dua-dua sekali sekarang juga ok!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source