FAM boleh saman Pan-gon – Hamidin
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan pihaknya mampu keluarkan ‘surat saman’ ke atas bekas pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon ekoran pelanggaran kontaknya, bulan lalu.
Namun, Hamidin mengakui badan bola sepak negara itu masih ada timbang rasa kerana mengenang jasa pengendali kelahiran Korea Selatan itu yang sudah bersama pasukan Harimau Malaya sejak tahun 2022.
Kata Hamidin, tindakan Pan-gon yang tidak jujur dalam menyatakan alasan untuk meletakkan jawatan secara drastik telah menimbulkan persepsi yang negatif peminat terhadap FAM.
“Kalau ikut hati, saya tak tahan, dia tamatkan saja kontrak, saya memang boleh saman dia. Tetapi, saya kenang jasa dia juga.
“Hanya saya kesal kerana dia patut berlaku jujur dengan saya dan FAM. Dia dapat tawaran (lebih awal), jadi kita mungkin boleh selesai cara baik.
“Dengan itu, peminat tidak boleh salahkan FAM kerana kita sudah buat yang terbaik untuk Pan-gon.
“Mengenai nilai baki kontrak Pan-gon, biarlah ia menjadi rahsia dan tidak perlu didedahkan di sini,” katanya.
Hamidin turut mendedahkan bahawa Pan-gon sudah menghubunginya secara peribadi sejak beberapa minggu lepas, tetapi enggan memberi respons kerana kecewa dengan tindakan tidak profesional pengendali berusia 55 tahun itu.
Sebagai rekod, Pan-gon telah mencetuskan ‘sandiwara’ apabila membuat keputusan untuk meletakkan jawatan serta-merta termasuk mengeluarkan kenyataan ‘danger’ (bahaya) pada sidang media 16 Julai lepas.
Namun, Pan-gon hanya memerlukan masa kurang dua minggu untuk mendapatkan kerja baharu sebelum diperkenalkan secara rasmi menjadi ketua jurulatih kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan HD awal bulan ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source