Lelaki Maut Selepas Kerja 104 Hari Tapi Cuma Diberi Cuti Sehari, Majikan Diarah Bayar Lebih RM200K Sebagai Pampasan
Baru-baru ini, berita mengenai kematian seorang lelaki akibat kegagalan organ selepas bekerja 104 hari dengan hanya diberi cuti sehari saja menjadi perhatian ramai.
Alami kegagalan beberapa organ, sistem imun lemah
Difahamkan dari laporan South Morning China Post (SMCP), mangsa yang bernama A’bao, 30, mengalami kegagalan beberapa organ kerana jangkitan pneumokol, yang sering dikaitkan dengan kelemahan sistem imun.
Mangsa telah terikat dengan kontrak sebagai pelukis di sebuah syarikat di China dan sepanjang bekerja sejak Februari hingga Mei, mangsa yang diberi cuti sehari saja.
Pada 25 Mei, mangsa mengambil cuti sakit sebelum dia dikejarkan ke hospital beberapa hari kemudian kerana masalah kesihatan yang dialami, kemudian mangsa disahkan mengalami jangkitan paru-paru serta kegagalan pernafasan yang mengakibat dia meninggal dunia pada 1 Jun.
Syarikat diarah bayar pampasan, langgar undang-undang
Susulan kematian mangsa, keluarga telah memfailkan saman atas kecuaian majikan dan hasil siasatan, mahkamah mengarah syarikat tersebut membayar pampasan sebanyak 400,000 yuan (RM244,412) kepada keluarga mangsa.
Laporan mengatakan syarikat berkenaan telah melanggar Undang-Undang Buruh China yang mewajibkan tempoh maksimum bekerja dalam sehari adalah lapan jam dan purata seminggu adalah 44 jam.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source