Isteri lari ikut teman lelaki, bolot harta RM12.8 juta
BANGKOK – Seorang lelaki berasal dari China kecewa apabila isterinya melarikan diri bersama kekasih gelap dengan membolot aset bernilai lebih 100 juta baht (RM12.8 juta), lapor laman berita Thaiger hari ini.
Menurut lelaki dikenali sebagai Ken, isterinya yang merupakan warganegara Thailand, melarikan beberapa harta sepencarian termasuk wang simpanan berjumlah 13 juta baht (RM1.6 juta).
Turut dilarikan adalah seutas rantai mutiara, jam tangan dan beg berjenama, selain sebuah rumah di kawasan Rama II dan Sukhumvit serta sebuah kondominium di Sathon juga dirampas.
Nilai kesemua aset itu melebihi 100 juta baht.
Menurut Ken, dia sering pulang ke China dan meninggalkan isterinya di Thailand. Namun, setiap kali dia kembali ke rumah, Ken hairan melihat beberapa barangan berharga miliknya hilang.
Pada awal bulan ini, Ken terkejut apabila seorang lelaki berada di rumahnya ketika isterinya memindahkan semua barangan berharga keluar.
Kedua-dua mereka kemudian menaiki kereta dan meninggalkan Ken.
Selepas menyiasat, Ken mendapati bahawa jejaka tersebut ialah teman lelaki isterinya yang sering datang ke kediaman itu semasa ketiadaannya.
Lelaki itu juga didapati tinggal di kondominium milik Ken di Bangkok sejak sekian lama tanpa pengetahuannya.
Ken cuba mendapatkan semula beberapa barangan berharga daripada isteri yang sudah diceraikan itu, namun dia enggan memulangkannya.
Justeru, Ken meminta bantuan sebuah yayasan amal untuk mendapatkan semula haknya, manakala peguam organisasi itu berkata, dia berpeluang menuntut aset-aset tersebut kerana ia termasuk dalam harta sepencarian. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source