Pendaki solo remaja dari UiTM berjaya tawan Gunung Rinjani
PETALING JAYA – Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor berjaya menawan Gunung Rinjani, setinggi 3,726 meter di Lombok, Indonesia.
Pendaki solo remaja berusia 20 tahun itu berjaya melakukan pendakian selama 7 jam yang bermula 1 pagi pada Rabu lepas.
Terdahulu, dia telah mengambil peluang menjalani latihan kecergasan di Gunung Rinjani bersama Program Kembara Perpaduan Nusantara Rinjani dari 8 hingga 14 September.
Seramai 34 peserta telah menyertai program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Nadi Sihat dengan kerjasama Persatuan Malim Gunung Perhutanan Malaysia dan Asosiasi Pemandu Gunung Indonesia.
Selepas ini, Muhammad Syahrulnizam akan meneruskan latihan teknikal (Climbing Ice) di tengah Banjaran Himalaya, Nepal bermula 16 September hingga 30 Oktober ini sebagai persediaan fizikal dan mental dalam Misi Everest 2025.
Dia yang juga merupakan mahasiswa Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) ketika ini dalam latihan teknikal di Banjaran Himalaya sekitar Solukhumbu yang berhampiran dengan Gunung Everest bagi penyesuaian diri sebelum menghadapi cabaran sebenar pada tahun depan.
“Penyesuaian diri, kemahiran diri bersama kecekalan diri amat penting bagi melakukan pendakian ke Gunung Everest yang tertinggi di dunia.
“Setiap gunung mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan manakala untuk sampai di puncak, kita mesti melalui cabaran dan rintangan yang berbeza” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source