Penyanyi Nora Ariffin Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Harap Perkara Sama Tak Lagi Berulang
Penyanyi Datuk Nora Ariffin memaklumkan bahawa dia sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli.
Menurut sumber, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Dato’ Haji Wan Ariffin,53, meluahkan rasa syukur apabila kemelut yang melanda perkahwinannya telah selesai dan berakhir dengan baik.
Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun tuhan yang menentukan.
Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh idah.
Dia juga berharap agar perkara sama tidak lagi berulang di masa hadapan.
Terdahulu, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema ini telah diceraikan Dr Rushdi Ramli menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh Nora sendiri di Instagram pada 12 Ogos lalu sebelum dipadam.
Ia sekaligus mengundang kritikan dan tanda tanya mengenai apa yang terjadi dalam rumah tangga penyanyi itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source