“Orang Belanja Cendol, Bukan Suruh Menyondol?”
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelakon terkenal, Nur Fazura telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin sekaligus mengejutkan ramai.
Terbaru, perkongsian pengawal peribadi Fazura dikatakan membuat pendedahan mengejutkan mengenai ‘orang ketiga’ serta mendedahkan ada ‘penyondol’ menjadi punca konflik berkenaan.
BACA: Fazura Mahu Fatima Kuat & Tabah
Menerusi satu posting di Insta Story, pengawal peribadi Fazura dikenali sebagai Shahaszrin itu memuat naik gambar sedang makan bersama aktres itu namun apa yang menjadi perhatian seorang wanita yang ditutup wajahnya dengan emoji haiwan.
“Misi menyondol berjaya. Orang belanja kau makan cendol bukan suruh menyondol. Babi betul,” tulisnya.
Dalam satu lagi perkongsian, bodyguard Fazura turut meninggalkan pesanan buat ‘penyondol’ berkenaan asupaya kejahatan yang dibuat berbalik kepada diri sendiri.
Bodyguard turut mempersoalkan kepada ‘penyondol’ berkenaan adakah sudah puas hati dengan tindakannya merosakkan rumah tangga orang. Dedahnya lagi, segala pengakuan, gambar dan apa yang berlaku sudah dihantar ke tempat sepatutnya.
Dalam pada itu, pengawal peribadi Fazura itu berkata pendedahan dibuat itu bukan untuk viral sebaliknya meluahkan kekecewaan terhadap apa yang terjadi apatah lagi dia sangat hormat pada Fattah dan Fazura.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source