‘Ini sambutan hari jadi yang akan diingati sampai bila-bila’
PARIT BUNTAR – Seorang ibu tidak menyangka pada sambutan hari jadi yang ke-59 tahun hari ini, dia harus berhadapan realiti yang pahit apabila anaknya yang hilang di laut di sini semalam ditemui tidak bernyawa.
Nor Zainah Saberi, 59, berkata, anaknya iaitu Mohd. Akhmal Mohd. Yusuff, 23, hilang dilaut setelah bot dinaikinya dibadai ribut ketika dalam perjalanan pulang ke Pengkalan Jeti Nelayan Sungai Betul, Tanjung Piandang di sini.
“Sambutan hari jadi saya kali ini akan diingat sampai bila-bila. Sama sekali tidak menyangka pada tarikh ulang tahun kelahiran saya akan menerima ujian amat berat ini.
“Bagaimanapun, saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ruang menunggu Bahagian Forensik Hospital Parit Buntar di sini hari ini.
Menurut Nor Zainah, sejak dari kehilangan anak lelaki tunggalnya itu, dia tidak dapat melelapkan mata dan pada awal pagi lagi mereka sekeluarga telah berada di jeti berkenaan bagi mengikuti perkembangan pencarian Mohd. Akhmal.
“Sekitar pukul 1.30 petang tadi saya telah dimaklumkan oleh rakan-rakan anak yang turut dalam misi pencarian bahawa telah menjumpai mayat Mamat (Mohd. Akhmal) dalam keadaan terapung.
“Sebaik sahaja mayat mamat dibawa pulang ke jeti, saya tidak mampu untuk melihatnya. Suami yang sahkan bahawa mayat itu adalah Mamat,” katanya.
Tambahnya, dia turut terkilan kerana anaknya itu tidak sempat untuk menyaksikan pernikahan adiknya pada November hadapan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source