Status ‘underdog’ jadi kelebihan Pang Ron-Su Yin
PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mendedahkan ramuan mereka mara ke pusingan kedua Terbuka China 2024, semalam adalah mengambil ‘kesempatan’ kepada tekanan pihak lawan.
Pang Ron berkata memandangkan beliau bersama Su Yin turun selaku pemain bukan pilihan, tekanan sudah dirasai oleh gandingan No. 13 dunia dari Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang pada kejohanan berstatus Super 1000 berkenaan.
“Pada perlawanan hari ini (semalam), kami beraksi sebagai ‘underdog’ dan memang semua tekanan berada di pihak gandingan Taiwan. Kami hanya masuk ke gelanggang dengan satu tujuan iaitu berjuang dan belajar.
“Tidak apa yang perlu kami takut. Setakat ini, prestasi kami semakin memberangsangkan, namun masih banyak lagi kelemahan yang perlu kami baiki,” kata Pang Ron.
Semalam, beregu No. 32 dunia terbabit mencipta kejutan pada pertemuan sulung mereka menentang gandingan Taiwan selepas melakar kemenangan straight set 21-17, 21-16 dalam tempoh 28 minit.
Ketika ditanya mengenai lawan senegara mereka, Yap Roy King-Valeree Siow pada perlawanan pusingan kedua hari ini, Pang Ron menjelaskan permainan lebih rumit berikutan sering menjalani latihan bersama.
“Memang betul kami sentiasa menjalani latihan bersama, jadi kedua-dua beregu tahu corak permainan masing-masing. Harapan saya adalah agar kami mampu tunjukkan kemampuan masing-masing,” katanya.
Selain mereka, pasangan profesional campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara selepas mudah mengatasi gandingan dari India Reddy B Sumeeth-Reddy Sikki menerusi kemenangan straight set 21-10, 21-16.
Beregu No. 17 dunia dijangka mudah untuk meloloskan diri ke peringkat suku akhir apabila bertemu dengan pasangan No. 51 dunia dari Denmark, Jesper Toft-Amalie Magelund di pusingan kedua hari ini.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source