Jualan RAHMAH MADANI & Aktiviti Menarik Menanti Anda!
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Karnival KPDN 2024 Zon Sarawak yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dari 20 hingga 22 September ini di Tapak MetroCity Events Park, Matang.
Dengan tema Kita Pengguna, Daya Negara, karnival ini bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh (KPDN).
Apa yang Menarik di Karnival KPDN Zon Sarawak 2024?
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, termasuk reruai-reruai yang menawarkan khidmat nasihat, advokasi kepenggunaan, serta pendaftaran perkhidmatan Kementerian dan agensi berkaitan.
Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang program seperti ReDI, Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH, aplikasi Price Catcher, dan banyak lagi.
Bagi penggemar barangan kemas, korang boleh menguji ketulenan emas di reruai Penguat Kuasa KPDN. Di samping itu, agensi-agensi luar seperti PERKESO, JAKIM, SIRIM, MARA dan lain-lain juga turut serta memeriahkan karnival ini.
Persembahan dan Aktiviti Kebudayaan
KPDN turut membawakan persembahan kebudayaan Sarawak seperti tarian ngajat, tarian alu-alu, persembahan muzik tradisional sape’, dan demonstrasi kraftangan manik.
Bukan itu sahaja, anda boleh berhibur dengan persembahan istimewa dari artis jemputan dan jangan lepaskan peluang menyertai Bicara Influencer dan Usahawan, di mana anda boleh mendengar perkongsian berinspirasi dari individu berjaya.
Selain itu, terdapat juga sesi Meet and Greet dengan watak kegemaran kanak-kanak, Didi and Friends. Turut tersedia, pertandingan mewarna dari pelbagai kategori akan diadakan dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.
Cabutan Bertuah, Pertandingan Karaoke, dan Banyak Lagi!
Jika anda berminat untuk mencuba cabaran fizikal, pertandingan gusti lengan kategori lelaki dan wanita turut diadakan.
Sementara itu, pertandingan karaoke KPDN Idol terbuka kepada semua yang ingin menunjukkan bakat nyanyian. Tak cukup dengan itu, ada juga cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan!
Program Jualan RAHMAH MADANI
Karnival ini juga menawarkan peluang membeli barangan keperluan asas pada harga yang lebih rendah melalui Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM). Program ini khusus untuk membantu golongan B40, pesara, dan warga emas mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih rendah berbanding di pasaran.
Selain itu, gerai makanan dengan Menu RAHMAH yang menawarkan hidangan serendah RM5 turut disediakan.
Datang Beramai-ramai!
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Karnival KPDN 2024 Zon Sarawak! Bawa keluarga anda untuk berseronok sambil memperoleh maklumat yang bermanfaat mengenai pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan. Sambil menyokong produk tempatan dengan membeli barangan buatan Malaysia.
Majlis perasmian karnival ini bakal diadakan pada 21 September jam 2 petang oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali. Beliau dijangka menyertai sesi ‘walkabout’ untuk bertemu pengunjung dan meninjau Program Jualan RAHMAH MADANI di tapak karnival.
Sebelum ini, karnival KPDN 2024 ini telah diadakan di Perlis, Kelantan, dan Perak dengan sambutan hangat lebih 100,000 pengunjung yang hadir!
Untuk maklumat lanjut tentang karnival KPDN 2024, anda boleh layari media sosial KPDN sekarang. Jumpa anda di sana!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source