Didie Alias Nafi Dengki Dengan Anna Jobling
Pelakon dan pelawak Didie Alias menafikan dirinya iri hati dengan pemilihan pelakon Anna Jobling sebagai salah seorang juri program Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim keempat.
Memetik Media Hiburan, Didie berkata dia tidak mempersoalkan kelayakan Anna sebaliknya mengapa mengabaokan pelawak-pelawak wanita yang ada dan lebih berpengalaman,
BACA: Semakin Laris, Anna Jobling Terima 3 Lagi Tawaran Filem di Indonesia
“Saya memberikan komen daripada sudut penonton dan netizen. Ramai yang kata saya dengki tapi sebenarnya tidak. Saya faham pihak stesen tv meletakkan Anna sebagai juri untuk menaikkan nilai komersial.
“Namun, apa gunanya kami sebagai pelawak wanita? Malah, saya juga pernah dianugerahkan sebagai pelawak wanita paling popular oleh stesen tv berkenaan. Kenapa kami tidak pernah dipanggil untuk duduk di kerusi tersebut?,” katanya.
Sementara itu, Didie turut mempersoalkan tindakan pihak penerbit yang meletakkan Anna sebagai juri namuni hanya berperanan mewakili suara penonton, namun dia percaya pemilihan itu lebih kepada untuk komersial.
“Mereka memaklumkan tugas Anna adalah wakil suara penonton. Kalau penonton, baik duduk rumah sahaja. Tak payah jadi juri. Namun, saya faham hal ini berkait dengan rating.
“Untuk otai lelaki, kita ada Apek dan Harith Iskander. Kenapa tak letak seorang otai perempuan? Saya nampak trend ini sejak Raja Lawak 1.
“Kalau bukan saya sekali pun, kita ada pelawak wanita seperti Sharifah Shahirah, Rosnah Mat Aris, Nur Khiriah, Jihan Muse dan Sheila Rusli. Mereka semua pelawak yang ada ilmu,” katanya.
SUMBER: Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source