Malaysia langkah kanan, benam Oman
PETALING JAYA – Skuad bawah 19 (B-19) negara memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-20 2025 dengan langkah kanan apabila menewaskan negara pilihan, Oman pada aksi pertama Kumpulan E sebentar tadi.
Pada perlawanan di Stadium Pamir, Tajikistan itu, skuad muda Harimau Malaya kendalian Juan Torres Garrido mempamerkan corak permainan menarik dengan melakukan beberapa siri serangan di kubu lawan pada awal saingan.
Gol yang dicari akhirnya tiba menerusi gerakan set-piece yang berjaya disudahkan oleh Moses Raj pada minit ke-30 selepas menerima hantaran Mohamad Haykal Danish.
Bersambung pada babak kedua, skuad negara berjaya melebarkan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti selepas Haykal Danish dikasari pertahanan Oman ketika melakukan gerakan lincah dalam kotak penalti.
Kesempatan tersebut digunakan oleh Haykal Danish yang juga pemain kelab Selangor FC untuk menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-65.
Oman berjaya bangkit pada penghujung saingan apabila Majid Al Farsi turut menyudahkan sepakan penalti tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.
Skuad negara dijadualkan bertemu Korea Utara pada aksi kedua di di venue yang sama pada Isnin ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source