Dibebaskan Sementara, Da’i Syed Kongsi Video Tolak Stroller Anak
Umum mengetahui, pendakwah selebriti Da’i Syed dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman di Penjara Kajang sehingga rayuan atas kesalahan merogol seorang wanita 5 tahun lalu didengar dan diputuskan.
Dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 21 hari, Da’i Syed dilihat mengemaskini media sosial miliknya dengan memuat naik video memaparkan sedang menolak stroller anak.
BACA: Da’i Syed Dilepaskan Sementara Selepas 21 Hari Dipenjara
Video tersebut menunjukkan Syed sedang bersiar-siar sambil menolak stroller anaknya. Video itu dipercayai dirakam di sekitar kawasan perumahan.
Semalam, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Perkara itu diputuskan oleh Hakim Datuk Aslam Zainuddin selepas membenarkan permohonan peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Syed untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman hingga rayuan didengar dan diputuskan.
Terdahulu, Syed dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang wanita pada 5 tahun lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source