1,056 murid masih berada di PPS, teruskan pembelajaran kaedah PdPR
PUTRAJAYA: Semua Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terkesan banjir dan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) akan meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
KPM dalam kenyataan memaklumkan, kaedah itu sama ada semua murid berada di rumah ataupun sebilangan murid tertentu melaksanakan PdPR bagi permulaan sesi persekolahan penggal 2 yang bermula hari ini (negeri Kumpulan A) dan esok (negeri Kumoulan B).
Katanya, pihak sekolah akan memaklumkan mengenai perkara ini kepada ibu bapa/penjaga murid yang terjejas.
“Bagi murid yang berada di PPS premis sekolah, pihak jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) telah
menggerakkan Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) untuk membantu murid dari aspek kaunseling dan pembelajaran,” katanya hari ini.
Setakat semalam, sejumlah enam institusi pendidikan melibatkan lima sekolah rendah dan
sebuah sekolah menengah masih dilanda banjir di Kedah.
Selain itu, sebanyak 36 institusi pendidikan masih dijadikan PPS melibatkan 20 sekolah sekolah rendah dan 16 sekolah menengah iaitu Kedah – 34; Pulau Pinang dan Perak (masing-masing satu).
“Seramai 1,056 orang murid KPM masih berada di PPS premis sekolah, manakala Perlis telah pulih sepenuhnya dengan semua PPS premis sekolah ditutup,” katanya.
KPM akan terus memantau situasi banjir, bersiap siaga dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warganya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source