“Kalau Boleh Saya Mahukan Cinta Baru”
Lebih setahun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, pelakon Puteri Sarah berkata dia sudah lama move on daripada kisah lalunya.
Memetik HibGlam, Puteri Sarah berkata apa yang berlaku dalam hidupnya sebagai ketentuan takdir dan dia tidak pernah menutup pintu hatinya dan jika boleh mahukan cinta baru.
BACA: Puteri Sarah Hadiahkan Ibu Bapa Kereta Baru
Menurutnya lagi, dia sedia untuk memberi hatinya kepada lelaki yang benar-benar layak menjadi imamnya dan juga anak-anak.
“Siapa yang tak mahu merasai nikmat hidup bahagia di sisi insan dicintai. Kalau boleh saya pun mahukan cinta baharu. Saya pun bukannya tua sangat. Saya masih muda.
“Kalau ada jodoh, saya terima. Saya tidak pernah serik. Kerana saya percaya, segala yang berlaku dalam hidup setiap manusia sudah tertulis. Jika ada jodoh yang baik untuk saya, saya terima seadanya,” katanya.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 namun sah bercerai 14 Jun tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6 dan Summayah, 4 tahun.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source