Man. City musnahkan impian besar Arsenal
MANCHESTER – Arsenal terlepas peluang untuk memimpin carta Liga Perdana Inggeris apabila diikat 2-2 oleh Manchester City di Stadium Etihad, sebentar tadi.
Lebih perit, jaringan penyamaan tuan rumah hadir di hujung permainan malah terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain ekoran layangan kad merah kepada Leandro Trossard.
Penyerang sensasi, Erling Haaland yang kini mendahului carta penjaring terbanyak seakan sukar disekat apabila hanya memerlukan sembilan minit untuk meletakkan Man. City di depan.
Minit ke-22 Arsenal nyata lebih bijak mengambil kesempatan daripada kelekaan pertahanan lawan hingga menghasilkan gol penyamaan menerusi Riccardo Calafiori.
Walaupun Man. City terus mempamerkan dominasi permainan, kelekaan ketua pasukannya, Kyle Walker pada minit pertama masa tambahan sekali lagi dihukum dan kali ini giliran Gabriel Magalhaes meledak gol kedua The Gunners.
Layang kad merah kepada Trossard di hujung babak pertama memberikan kelebihan buat Man. City untuk terus mendominasi permainan dan tuan rumah dilihat makin garang mengatur serangan.
Seterusnya aksi berlangsung agak membosankan apabila permainan lebih tertumpu di kawasan Arsenal yang dilihat memberikan perhatian kepada tugasan bertahan.
Sikap tidak putus asas tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila memperoleh gol penyamaan menerusi pemain gantian, John Stones pada minit terakhir masa kecederaan babak kedua.
Keputusan itu membolehkan Man. City terus menerajui carta Liga Perdana Inggeris dengan 13 mata, berkelebihan satu mata dengan Liverpool dan Aston Villa di tangga kedua dan ketiga. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source