‘Ini adalah adab bila anda berlakon dengan suami orang’
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim, 45, mengambil pendekatan untuk menghubungi isteri Zamarul Hisham sebelum mereka berdua memulakan penggambaran drama terbaharu, Ternyata Sebuah Bahagia.
Bergandingan dengan Zamarul sebagai pasangan suami isteri, Sarimah berkata penting untuk dia memberitahu isteri Zamarul iaitu Diana Rafar tentang apa yang bakal dilakukannya di set penggambaran.
“Sebelum memulakan penggambaran saya telah hubungi Diana. Anda perlu lakukannya. Ini adalah adab bila anda berlakon dengan suami orang.
“Saya beritahu Diana bahawa ada babak yang melibatkan kami berpegangan. Dia cakap dia faham dan okey.
Kemudian dia pula bertanya sama ada suami saya sendiri okey atau tidak jika Zamarul pegang saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Ternyata Sebuah Bahagia, di sini, semalam.
Tambah pelantun lagu Kini Kau Tiada ini lagi, bila masing-masing sudah mendapat keizinan pasangan masing-masing, menjadikan proses lakonan lebih mudah.
“Bila di set penggambaran kami rasa lebih bebas. Dalam masa yang sama tidak melampaui batas juga. Kerana masing-masing memikirkan tentang pasangan masing-masing.
“Bila melibatkan babak-babak bersentuhan dan perasaan yang mendalam, bahaya kalau kita tidak meletakkan batas. Kena beritahu dalam diri Kita bahawa kita adalah isteri orang atau suami orang.
“Apa-apa perasan yang dirasai sewaktu penggambaran hanyalah rekaan. Jangan terbawa-bawa.
“Mencipta ‘chemistry’ (keserasian) biarlah di dalam set sahaja. Bila pengarah kata ‘cut’ masing-masing bahawa haluan masing-masing. Saya ada suami dan awak ada isteri,” jelasnya.
Bercerita mengenai pengalaman bergandingan pertama kali dengan Zamarul, kata Sarimah masing-masing berjaya mencipta keserasian sejak hari pertama penggambaran.
“Alhamdulillah sejak membuat kemunculan semula dalam lakonan, saya mendapat pasangan lakonan yang hebat. Jika sebelum ini dengan Datuk Adi Putra dalam drama Lelaki Itu, terbaharu Zamarul Hisham.
“Zamarul sangat hebat. Babak pertama kami sangat berat. Saya tengok mata dia, dia tengok mata saya tiba-tiba kedua-dua menangis.
“Mungkin sebab kami berdua sama-sama matang dan punya pengalaman dalam hidup. Saya tahu apa yang dia fikirkan dan dia tahu apa yang saya fikir,” kongsinya.
Drama Ternyata Sebuah Bahagia sebanyak 40 episod terbitan Suhan Movies turut dibintangi oleh Datin Elvina Mohammad, Azah Aziz, Lorenzo Irmann dan ramai lagi mula ditayangkan menerusi saluran Astro Prima pada 23 September setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang. KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source