Warga Thailand maut kereta dipandu rempuh lori
PASIR PUTEH: Seorang lelaki warganegara Thailand maut selepas kereta yang dipandunnya merempuh sebuah lori di Kilometer 39, Jalan Pintas Kota Bharu-Kuala Terengganu, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu mangsa yang berusia 41 tahun maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa yang memandu kereta Perodua Myvi dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan seterusnya melanggar belakang lori.
Menurutnya, rempuhan ini menyebabkan mangsa terperangkap dan tersepit selepas kereta dipandunya itu remuk.
“Pemandu lori berusia 33 tahun tidak mengalami kecederaan. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk bedah siasat.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, seramai tujuh anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta MyVi itu.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source