SIC masih cari penaja pelumba ‘wild card’
SEPANG: Bayangan sama ada Grand Prix (GP) Malaysia 2024 diserikan dengan kehadiran pelumba tempatan yang beraksi di atas tiket jemputan (wild card) masih menjadi tanda tanya.
Ini selepas Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas masih belum menerima penajaan daripada syarikat korporat untuk membiayai pelumba tempatan beraksi dalam GP Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya memerlukan penajaan sekitar 40,000 hingga 60,000 euro (RM184,000- RM276,000) untuk seorang pelumba.
“Jadi, kalau kita hendak memasukkan sekurang-kurangnya dua pelumba seperti musim lalu, perbelanjaan boleh mencecah setengah juta ringgit, ia satu kos yang agak mahal sebenarnya,” katanya ketika ditemui pemberita di SIC baru-baru ini.
GP Malaysia bakal diadakan pada 1-3 November ini dan sekiranya tiada pelumba jemputan, maka, perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia itu akan dilangsungkan tanpa kelibat anak tempatan.
Berbanding musim lalu, Malaysia mempunyai wakil melalui Syarifuddin Azman yang beraksi untuk kelas Moto3 selaku pelumba tetap, selain, dua lagi pelumba jemputan di bawah tajaan Petronas bagi saingan Moto2.
Menurut Azhan Shafriman, buat masa ini, pihaknya masih menunggu jawapan daripada Petronas, jika, mereka berhasrat untuk menempatkan pelumba di bawah tajaan syarikat itu.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, untuk pelumba SIC, kemungkinan besar memang tiada wakil daripada pihaknya setelah menilai prestasi semasa Danial Syahmi Ahmad Shahril yang kurang memberansangkan.
“Untuk Hakim Danish semua sedia maklum dia tidak layak kerana masih di bawah umur dan Danial pula dia agak bergelut dengan prestasinya pada ketika ini dan kita memerlukan syarikat korporat yang masuk untuk menaja pelumba kita,” ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan jualan tiket GP Malaysia, Azhan Shafriman berkata,, buat masa ini, jualan tiket berjalan lancar dan pihaknya mensasarkan untuk memenuhkan tempat duduk Grand Stand.
“Kita baru sahaja selesai promosi diskaun tiket 20 peratus dan ketika ini, SIC menawarkan pula jualan tiket yang memberi diskaun 10 peratus,” katanya yang menjangkakan ‘trend’ pembelian tiket saat akhir akan berlaku lagi tahun ini.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source