8 jam naik kereta api untuk perjalanan 290 kilometer
BERN – Sebuah perkhidmatan kereta api di Switzerland digelar kereta api ekspres paling perlahan di dunia kerana mengambil masa lebih lapan jam untuk perjalanan sejauh 290 kilometer, lapor laman berita Oddity Central.
Dinamakan perkhidmatan Glacier Express, tren tersebut menghubungkan pusat peranginan di Banjaran Alps, Zermatt dengan bandar St. Moritz.
Bergerak pada kelajuan cuma 36 kilometer sejam, kereta api itu melakukan perjalanan menakjubkan merentasi Banjaran Alps, membolehkan penumpang menikmati keindahan alam semula jadi.
Kereta api itu mempunyai tingkap panorama besar yang direka untuk memberikan pemandangan menakjubkan tanpa halangan, membolehkan penumpang menyelami panorama Swiss Alps sepenuhnya.
Semasa perjalanan selama lapan jam tersebut, kereta api ekspres paling perlahan itu melalui 291 jambatan dan 91 terowong, selain melakukan pendakian pada ketinggian 2,033 meter di atas paras laut.
Perkhidmatan tren tersebut juga sangat selesa kerana kedua-dua koc Kelas Pertama dan Kedua menawarkan tempat duduk yang luas. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source