Suriatuddin ditemui selamat di Terengganu
MELAKA – Pesara kerajaan, Suriatuddin Maliki, 68, yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas menempah e-hailing untuk ke Melaka Sentral ditemui selamat di Kemaman, Terengganu, petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya dikenali sebagai Farah yang berkongsi berita baik berkenaan kepada pemberita selepas dia dihubungi pihak polis Chukai mengenai penemuan tersebut.
“Ahamdulillah, ayah dijumpai di Chukai, Kemaman kira-kira pukul 1 petang tadi dalam keadaan sihat. Dia ditemui berhampiran sebuah bank dan kami sekeluarga dalam perjalanan ke sana untuk membawanya pulang,” katanya.
Tambahnya, keluarganya sebelum itu telah pun mendapat maklumat awal pergerakan ayahnya ke Terengganu melalui oleh orang awam yang mendakwa warga emas itu ada membeli tiket bas ke Kemaman.
“Kami berjaya mengesan ayah melalui maklumat orang ramai dan pemeriksaan mendapati ayah ada membeli tiket bas ke Kemaman pada pukul 8 malam tadi.
“Terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari ayah, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa semua,” katanya.
Kosmo! hari ini melaporkan keluarga Suriatuddin merayu bantuan orang ramai untuk menjejaki warga emas itu yang dilaporkan hilang dengan kali terakhir dilihat menempah perkhidmatan e-hailing ke Melaka Sentral, semalam.
Pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kediaman jiran menunjukkan Suriatuddin dilihat keluar dari rumahnya di Bukit Katil pada pukul 5.50 pagi dan melalui di sebuah kedai serbaneka di Ayer Molek pada pukul 8 pagi sehingga 8.20 pagi.
Pencarian ahli keluarga di kawasan disyaki dilalui pesara itu membawa kepada perkongsian maklumat daripada orang awam yang memberitahu Suriatuddin ada meminta bantuan peniaga untuk menempah e-hailing ke Melaka Sentral. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source