Nur Aiman kecewa terlepas podium
BINTULU – Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohamad Nur Aiman Zariff masih berpuas hati dengan prestasi peribadi meskipun misi untuk berada dalam kedudukan podium peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi tidak kesampaian.
Pada laluan sejauh 199.3 kilometer (km) yang bermula dari Miri itu, Nur Aiman yang menamatkan saingan di kedudukan ke-22 tekad untuk mengakhiri kejohanan LTdL 2024 dengan cenerlang.
“Hari ini memang saya sasarkan untuk podium. Dalam tiga hari ini, saya tengok ProTeam ini memberi 100%. Dari awal perlumbaan memang dah agresif dan cuba untuk membuat breakaway.
“Walaupun tidak dapat podium hari ini, syukur Alhamdulillah ada sesuatu makna untuk bekerja kuat hari ini.
“Saya mendapat sesuatu daripada perlumbaan ini apabila diberikan anugerah Pelumba Paling Agresif (most combative rider),” kata Nur Aiman Zariff selepas perlumbaan berakhir petang tadi.
Sebagai rekod, Nur Aiman berada pada kedudukan ke-40 dalam perebutan jersi hijau (pendahulu keseluruhan) dengan catatan 22:27.40s iaitu 7 minit 34s dibelakang pendahulu, Max Poole dari Team dsm-firmenich PostNL. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source