Hamil 6 Bulan, Nabila Razali Cepat Penat & Rasa Nak Tidur
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali hari ini mengumumkan berita gembira dirinya kini berbadan dua dan dijangkal bakal bersalin anak sulung pada Januari tahun hadapan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Menerusi satu kenyataan, Nabila berkata dia dan suami meluahkan rasa syukur diatas rezeki zuriat itu serta memohon orang ramai mendoakan perjalanan kehamilannya dipermudahkan.
BACA: Nampak Baby Bump, Nabila Razali Hamil?
“Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami. Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti.
“Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” katanya.
Usia kandungan sudah mencecah 6 bulan, Nabila berkata dia mudah rasa penat serta memerlukan banyak waktu rehat. Katanya lagi, dia tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.
“Tidak dinafikan sekarang cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja.
“Namun, saya masih komited melunaskan beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat sehabis baik,” katanya.
“Perkara lain, tentulah banyak makan. Selera makan saya bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati sahaja perjalanan sepanjang kehamilan ini,” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source