Kilafairy Belum Fikir Soal Kahwin, Suka Duduk Seorang Diri Ditemani Kucing
Pelakon Kilafairy berkata dia tidak terlalu memikirkan soal jodoh dan hidupnya tidak sunyi apatah lagi dirinya seorang introvert serta ada kucing menemaninya.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Menerusi satu temu bual, Kilafairy berkata dia tidak terburu-buru mengenai soal jodoh serta menyerahkan perkara itu kepada Ilahi.
BACA: Netizen Tak Senang Tengok Kilafairy Pakai Baju Ketat
@mingguanwanita Kilafairy akui semakin hari dirinya semakin tenang. Selepas pemergian ibu Allahyarham Rohana Jalil walau pada awalnya Kila berasa kehilangan namun kini dia sudah serasi dan tidak terlalu sunyi kerana ada kawan-kawan baik yang boleh berkongsi rasa. Apapun ingatan pada arwah ibu tak pernah padam malah baju yang digayakan sewaktu menghadiri pertunjukan fesyen merupakan milik arwah ibunya. #mwambiltahu #mingguanwanita #kilafairy #fyp
“Saya tidak fikir pun tentang kahwin, kalau ada jodoh itu ada lah. Kalau jumpa dengan orang yang serasi, insya-Allah.
“Sejujurnya sekarang tidak rasa sunyi pun ditambah pula saya memang seorang yang introvert dan suka duduk seorang diri ditemani kucing. Tidak rushing pun,” katanya.
Dalam pada itu, Kilafairy berkata dia meluahkan rasa syukur teman rapatsentiasa ada bersamanya namun mengakui memang mengimpikan anak sendiri.
“Kawan-kawan pun ramai, sentiasa ada bersama saya seperti Izara Aishah dan yang lain. Kalau nak cakap pasal zuriat memang impikan mahu ada anak sendiri.
“Kadang-kadang tengok kawan sudah ada anak dan mereka sibuk dengan kehidupan tersebut, saya terfikir mungkin ada baiknya perkara itu belum berlaku kepada saya,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source