Johor sedia sambut jutaan pelancong
ISKANDAR PUTERI: Pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City bakal merancakkan industri pelancongan di negeri ini selaras dengan Tahun Melawat Johor 2026.
Justeru, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengingatkan pemain industri untuk mempersiapkan diri bagi menyambut jutaan pelancong ke negeri ini dengan menaik taraf kemudahan dan fasiliti serta melatih tenaga kerja bagi memenuhi peningkatan permintaan.
“Kita giat membuat persiapan Tahun Melawat Johor 2026 dan saya berharap pemain industri bersedia untuk menawarkan perkhidmatan terbaik mereka dalam bidang perhotelan. Sektor pelancongan adalah antara paling teruk terjejas semasa pandemik Covid-19.
“Namun, industri ini kembali membangun dan menjadi antara industri paling pesat berkembang di Johor, dan pelancaran SFZ dan JS-SEZ akan mengukuhkan lagi sektor ini,” katanya pada program Larian Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Johor Chapter 2024 di Gateway Garden, Bandar Medini, di sini kelmarin.
Naib Presiden MAH, Lim Choong Sean memuji kepimpinan Onn Hafiz kerana memacu industri dengan tepat.
Katanya, industri perhotelan di Johor berkembang pesat dengan tempahan bilangan bilik kedua tertinggi di negara ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source