Tak perlu SOSMA, GISBH bukan pengganas
SHAH ALAM – Pihak berkuasa tidak perlu menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) terhadap suspek-suspek GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) kerana mereka bukan kumpulan pengganas.
Peguam mewakili GISBH, Rosli Kamaruddin berkata, sebaliknya isu berkaitan GISBH ini perlu ditangani dengan adil bagi memastikan hak mereka seperti dalam perlembagaan.
“Yang berlaku selama ini ialah tahanan berulang kali dan ada mencecah lebih 20 hari dan ada yang disosmakan 28 hari selain
selepas ini bergantung kepada keputusan pendawaan.
“Tanganilah kes GISBH ini dengan aman. Jika ada kes jenayah berlaku di mana-mana dalam komuniti mereka, siasat dan tuduhlah,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Untuk rekod, setakat ini seramai 50 individu berkait GISBH telah dikenakan tahanan mengikut SOSMA.
Rosli turut memaklumkan keperluan ihsan dengan tidak mengawal ketat khususnya pengurusan tertinggi dengan senjata M16 atau raifal seperti ala pengganas Lahad Datu.
Tambah beliau, adalah tidak wajar dilancarkan pemusnahan terhadap GISBH dengan dihukum sebelum apa-apa sabitan dibuat kepada mereka.
“Kita tidak perlu mendapat satu bahan kemudian dipaparkan dalam media. Kita tidak mahu ada peperangan dalam media, ada konfrontasi dalam media.
“Siasat seperti biasa, ada kes tuduh dan mereka membela diri sebagai hak yang dijamin dalam perlembagaan. Tetapi, oleh kerana terlampau banyak sidang akhbar, jumpa satu allegation, satu sidang akhbar pun dibuat.
“Jadi, perkara itu nampak begitu besar dengan gambaran dikawal ketat dengan M16, itu sudah begitu besar, sebenarnya siapakah yang menggemparkan isu itu?, ” katanya.
Rosli turut menjelaskan, agar diberikan kebenaran kepada pengusaha-pengusahaa GISBH untuk meneruskan kesinambungan hidup mereka.
Ini berikutan tiada perniagaan haram atau pusat perjudian dan rumah pelacuran dibuka oleh GISBH.
“Sekarang sudah sebulan premis-premis perniagaan ditutup. Bila ditutup, mereka tidak dibenarkan masuk. Tetapi mereka dapat video daripada rakan-rakan yang menampakkan premis ditutup itu, orang masuk mencuri.
“Jadi, sekarang siapa yang hendak jaga premis tersebut. Kecurian berlaku. Sekarang sudah ambil tindakan (tutup), kena tempatkan pengawal keselamatan di sana,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source