‘Croissant’ sudah enak tanpa gula
PETALING JAYA – Penjualan kroisan di kedai-kedai roti yang dipenuhi gula dan coklat cair mendapat perhatian Public Health Malaysia (PHM) yang kecewa dengan keadaan tersebut kerana menenggelamkan rasa asal roti itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, PHM berkata, roti berkenaan sudah enak tanpa gula dan coklat dan perlu dikekalkan kesederhanaannya,
“Kepada peniaga, tolonglah, biarkan roti kekal dengan kesederhanaannya. Roti tu dah cukup enak tanpa gula meleleh atau coklat cair. Kami rindu roti yang asli, kosong, dan penuh dengan rasa sebenar.
“Betapa pentingnya untuk kembali kepada rasa makanan yang lebih asli, tanpa tambahan gula yang berlebihan,” katanya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan tahap kemanisan setiap hidangan pencuci mulut.
“Kroisan kosong ni memang kesukaan. Lagi sedap dari yang ada topping,” ujar Farah Nabilah Rahiza.
“Setuju sangat. Entahlah apa yang cuba dibuktikan dengan kemanisan luar biasa yang meleleh tu. Hargailah diri kita,” kata Nocha Adzmi pula.
Ini menunjukkan betapa masyarakat semakin menyedari pentingnya mengurangkan gula dalam diet harian, selari dengan gaya hidup yang lebih sihat. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source