Shah Firdaus melangkah ke separuh akhir keirin, Izzah dan Anis terkandas
PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024, di Ballerup, Denmark, sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Ballerup Super Arena itu, Shah Firdaus yang berlumba di saringan ketiga mempamerkan kayuhan bertenaga menamatkan saingan di tempat ketiga.
Tempat pertama menjadi milik pelumba Israel, Mikhail Yakovlev manakala jaguh dari Belanda, Jeffrey Hoogland menduduki di tempat kedua.
Shah Firdaus dijadualkan akan bersaing pada saringan pertama di aksi separuh akhir pada pukul 1.16 pagi nanti.
Sementara itu, pelumba wanita sensasi negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terpaksa berdepan detik sukar apabila pihak komisar memutuskan beliau menamatkan perlumbaan dengan status ‘relegated’ pada aksi pusingan kedua 1/16.
Hal ini kerana, Izzah tidak mengikuti garisan semasa pecutan akhir ketika bertarung dengan Aleesa Catriona Propster dari Jerman pada saringan ke-10.
Seorang lagi pelumba wanita, Anis Amira Rosidi turut terkandas selepas tewas kepada pelumba Jepun, Mina Sato pada saringan pertama. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source