DSV Buat House Tour Rumah Cik B Di Sepanyol, Sewa RM5,000 Sehari
Umum mengetahui, baru-baru ini pempengaruh media sosial, Cik B menyambung pengajian ke Sepanyol. Menurut ibunya, Datuk Seri Vida, Cik B menyambung pengajian dalam tiga jurusan berbeza di sebuah kolej di sana.
Terbaru, Vida membuat house tour kediaman yang bakal diduduki oleh anaknya sepanjang melanjutkan pelajaran di sana.
BACA: DSV Belanja Setengah Juta Sebulan Hantar Cik B Belajar Di Sepanyol
@datoserividaofficial Alhamdulillah Mujur @cikb_havoc66 suka! #datosrivida #cikbhavoc #barcelona #spain #salmonskindsv #salmonskincikb #foryou #foryoupage #fyp??viral
Vida memaklumkan kadar sewa rumah lima bilik itu berharga RM5,000 sehari dan tempoh sewa selama tiga bulan adalah RM450,000. Dapat dilihat Cik B turut terkejut apabila mengetahui amaun sewa kediaman tersebut.
Diruangan komen, ada netizen mengatakan rekaan dalaman rumah yang dianggap agak menyeramkan apatah lagi rumah itu dihiasi dengan barangan antik dan patung-patung keagamaan.
Bagaimanapun Vida menjawab kebimbangan netizen bahawa mereka sudah pun membuat solat hajat dan membaca ayat suci Al Quran di rumah berkenaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source