Perhilitan Kelantan siasat sama ada harimau sama baham dua lelaki di Gerik dan Jeli
KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada harimau belang sama yang membaham dua lelaki sehingga maut dalam dua kejadian berasingan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik, di Gerik, Perak pada Selasa lalu dan Jeli, dekat sini semalam.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, siasatan itu dijalankan selepas pihaknya berjaya menangkap seekor harimau belang berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun dalam keadaan sihat di Hentian Damai, Batu 17 di Jeli hari ini.
“Perhilitan Kelantan menjalankan siasatan awal, pemantauan dan memasang dua unit perangkap di lokasi aduan. Operasi itu melibatkan 12 anggota Perhilitan Kelantan dengan dibantu Perhilitan Gerik.
“Operasi itu perlu dilaksanakan kerana harimau belang itu masih berkeliaran di sekitar lokasi aduan dan ladang berdekatan sehingga menjejaskan kehidupan harian masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Mohamad Hafid memberitahu, berdasarkan rekod, lima daripada enam kejadian melibatkan mangsa maut akibat serangan harimau dilaporkan berlaku di Kelantan dalam tempoh empat tahun.
Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dipercayai diserang harimau di belakang sebuah rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, JRTB Jeli-Gerik, manakala pada 15 Oktober lalu, seorang lelaki maut dipercayai dibaham harimau di sebuah rumah kongsi di Kilometer 79.2, JRTB Gerik-Jeli. KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source