“Isteri Saya Dah Bertahun Tak Masak, Tak Nak Dia Penat”
Pelakon Idzham Ismail meluahkan rasa pelik apabila ada segelintir kaum lelaki yang tidak tahu mengenai tanggungjawab mereka sebagai suami termasuk dalam soal nafkah.
Menerusi perkongsian di Threads, Idzham berkata sebagai suami dia sangat mementingkan mengenai soal nafkah isteri sejak dari awal perkahwinan sehingga sekarang.
BACA: “Terima Kasih 8 Tahun” – Idzham Ismail Tunjuk Foto Di Mahkamah Syariah
“Saya tak faham kenapa perempuan boleh jumpa lelaki yang jenis tak uruskan semua nafkah. Maksud saya pada yang mampu atau malas bekerja ni.
“Yang dah berusaha keras ni saya faham rezeki mungkin Allah nak isteri kongsi sama. Tapi bab nafkah ni aku dari dulu cuba sampai sekarang aku dah handle sorang-soarang bab nafkah ni,” tulisnya.
Sementara itu, Idzham mendedahkan isterinya sudah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke dapur memasak untuknya dan keluarga kerana tidak mahu isterinya penat.
“Isteri saya dah bertahun tak masak sebab saya tak nak dia penat. Saya akan makan dekat kedai satu keluarga hari-hari dan secara tak langsung bawa anak isteri ambil angin luar,” katanya.
Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4 tahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source