Bella Hanna Tak Kisah Redza Rosli Berlakon Babak Pegang Tangan
Pelakon Bella Hanna mengakui dia tidak kisah sekiranya suami, Redza Rosli melakonkan babak berpegangan tangan dengan pelakon wanita lain.
Menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini, Bella berkata memahami tugas dan tanggungjawab suaminya sebagai seorang pelakon serta perlu profesional.
BACA: Hanya Bella Hanna Boleh Tawan Saya – Redza Rosli
“Memang kerja, kita kena faham. Kita kahwin dengan pelakon, kena jadi profesional lah. Bukannya dekat luar set dia pegang, di dalam set tak apa,” katanya.
Bagaimanapun, Bella berkata dia dan suami menjaga batas dalam setiap lakonan apatah lagi selepas mereka mendirikan rumah tangga.
“Jujurnya, saya tak kisah kalau itu kerja, Tapi mesti ada batas, lagi-lagi kalau kita dah berkahwin. Saya rasa setakat ini, Redza (suami) tak ada lagi buat babak daring. Setakat pegang, berlapik saya okay.
Dalam pada itu, Bella berkata dia juga seorang pelakon dan berharap suaminya juga memahami.
“Saya pun pelakon, dan saya harap dia pun faham juga. Dia kena pegang atas komitmen kerja. Jadi korang pun kena faham tugas seorang pelakon,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source