Sindiket pemerdagangan manusia ‘upgrade’ taktik ala MLM
KUALA LUMPUR – Sindiket pemerdagangan manusia kini semakin licik ‘menambah baik’ modus operandi ala pemasaran pelbagai peringkat (MLM) apabila menawarkan RM10,000 kepada sejumlah mangsa, bertujuan menarik perhatian kelompok yang lain.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ‘kegembiraan’ mangsa-mangsa itu kemudiannya dikongsi bersama kenalan yang lain pula sehingga mereka semua akhirnya terjerat.
“Terbaharu, saya dapat maklumat bagaimana 12 orang dari Kuala Selangor pergi ke Thailand dan diberikan RM10,000 seorang untuk buka akaun di sana.
“Balik ke Malaysia, ajak kawan-kawan lain tak pasti ia ala MLM atau apa, dan mereka pun dapat juga RM10,000 dalam tangan. Mungkin mereka dapat komisyen juga dengan bawa lagi 12 orang ke sana (Thailand).
“Modus operandi itu berulang sehingga yang 12 orang ni maklumkan dekat kami, mereka dah ada di Myanmar,” katanya di sini, hari ini.
Selain itu Hishamuddin berkata, taktik lain yang terkini dengan membawa mangsa ke Paris terlebih dahulu sebelum ke Bangkok seperti sebelumnya, juga berjaya dikesan.
“Corak terkini yang saya lihat mereka dah upgrade (naik taraf) kaedah penipuan, tak seperti dulu. Saya baru jumpa dengan seorang penjaga yang mana anaknya dibawa ke Paris dahulu, bukan terus ke Bangkok.
“Dari Malaysia ke Singapura menerusi sebuah perkhidmatan penerbangan, kemudian ke Paris. Selepas itu, hilang tanpa jejak dan kita syak dari Paris balik ke Singapura, selepas itu ke Bangkok. Dari Bangkok, baru sampai ke Mae Sot, Thailand,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source