Orang ramai masih ingkar larangan merokok
KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) kesal dengan sikap tidak acuh orang ramai di negeri ini yang masih ingkar arahan larangan merokok di tempat awam.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, tahap kesedaran masyarakat masih rendah melibatkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Beliau berkata, situasi itu memberi cabaran kepada pegawai dan anggota penguatkuasaan JKNT yang kini perlu berusaha lebih gigih meningkatkan kerjasama orang awam.
“Walaupun sudah membuat hebahan, masih ramai perokok yang berdegil merokok di kawasan-kawasan larangan, malah ada perokok memberi alasan tidak tahu di situ lokasi bebas asap rokok.
“Ini menunjukkan ada perokok yang tidak mengendahkan akta atau peraturan yang dikuatkuasakan oleh JKNT yang mahu menjaga kesejahteraan serta kesihatan orang ramai.
“Selain itu, segelintir pengusaha kedai makan, restoran dan pemilik kediaman juga dikesan tidak cakna dengan akta-akta kebersihan premis serta akta kawalan denggi,” katanya.
Kasemani berkata demikian kepada pemberita selepas Seminar Kecemerlangan Kesihatan Persekitaran dan Majlis Apresiasi Sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Negeri di di sini, hari ini.
Menurut beliau, pegawai dan anggota JKNT tidak ketinggalan sesekali turut berdepan provokasi oleh orang awam sehingga mengganggu operasi penguatkuasaan dan pencegahan.
“Walaupun tiada tindakan agresif tetapi JKNT sentiasa mengingatkan pegawai dan anggota supaya sentiasa menjaga keselamatan diri setiap kali berada di lapangan,” tambah beliau. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source