“Tak Kisah Jual Kambing, Lembu Atau Ayam, Yang Penting Rezeki Halal”
Malam tadi, pelakon Fattah Amin sekali lagi mencetuskan fenomena apabila sekali lagi muncul dalam siaran langsung di TikTok kambing perap, Pak Mat Western.
Sesi live tersebut mendapat lebih 100,000 jumlah tontotnan dan 44 juta tanda suka. Malah, satu lagi rekod tercipta apabila semua kambing sold out dalam masa 2 jam sahaja.
@hibglam.com.my Fattah Amin tak kisah digelar tauke kambing. Katanya jual daging, kambing atau ayam tetap rezeki yang halal. Baca artikel penuh menerusi www.hibglam.com.my atau klik Bio. Jangan lupa follow Instagram, Facebook, TikTok dan X (Twitter) #hibglam #fattahamin #kambingperap
“Sekarang ini saya pergi mana-mana, semua orang panggil saya tokey kambing. Mereka siap tanya malam ni saya tak jual kambing ke (di Tik Tok)?
“Mereka puji saya jual kambing laku. Saya pergi mana-mana, orang ingat saya kini jual kambing perap sepenuh masa,” katanya.
Sementara itu, Fattah berkata dia tidak kisah dengan tanggapan segelintir netizen apabila dia menjual kambing perap asalkan dia mencari rezeki yang halal
“Tapi saya tak kisah. Asalkan saya cari rezeki yang halal. Tak kisah apa orang fikir. Kena jual kambing, lembu atau ayam, tak mengapa. Yang penting saya cari rezeki,” katanya.
SUMBER: Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source