MIH Megatrends 2024 himpun 1,500 pemain industri kesihatan
KUALA LUMPUR: Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024, menghimpunkan lebih 1,500 pemain industri kesihatan, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad ini.
Acara dianjurankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MoH) dengan kerjasama KPJ Healthcare dan sokongan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
MIH diatur untuk mempamerkan kemajuan dan trend terkini yang membentuk masa depan penjagaan kesihatan.
Sempena pembukaan, lebih 1,500 peserta termasuk profesional kesihatan, pembuat dasar, pemimpin industri dan anggota masyarakat berkumpul untuk meneroka penyelesaian dan kemajuan terkini dalam sektor kesihatan.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Suriani Datuk Ahmad, acara ini menekankan pentingnya kerjasama dalam memajukan penjagaan kesihatan.
“Program ini merupakan pentas untuk siri perbincangan dan pembentangan yang memberi impak, yang menekankan potensi penyelesaian penjagaan kesihatan yang bersedia untuk masa depan di Malaysia,” katanya.
Sesi utama persidangan menampilkan penceramah terkemuka, termasuk Ketua Pegawai Operasi di Hospital Vejthani, Thailand, Dr. Tullawat Pacharapha yang membincangkan transformasi penjagaan kesihatan dan penjagaan pesakit serta Pegawai Maklumat Perubatan di Pusat Perubatan Samsung, Korea Selatan, Profesor Meong Hi Son.
“Sesi ceramah tersebut secara kolektif menekankan pentingnya inovasi dalam meningkatkan hasil pesakit dan memperkemas penyampaian penjagaan kesihatan,” katanya.
Selain perbincangan profesional, MIH Megatrends 2024 menawarkan pengalaman dinamik untuk orang awam.
Dalam pada itu, sempena MIH Megatrends, KPJ Healthcare menampilkan ‘Action Hub’ bagi menarik pengunjung untuk berinteraksi dengan pengaruh kesihatan dan mencuba demonstrasi produk terkini, sementara, ‘Innovation Health Tech Zone’ (Zon inovasi teknologi kesihatan) yang mempamerkan kemajuan digital seperti penjagaan kesihatan berasaskan AI dan teleperubatan.
“Interaksi ini menyoroti manfaat praktikal teknologi untuk masyarakat, menjadikan penjagaan kesihatan terkini lebih mudah diakses.
“Selain itu, terdapat beberapa aktiviti untuk orang awam termasuk pemeriksaan kesihatan, derma darah dan konsultasi kesejahteraan holistik, dengan aktiviti mesra keluarga seperti projek pendidikan di zon kanak-kanak dan penampilan khas, Didi & Friends, bagi menarik untuk semua peringkat umur,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source