Ina Naim Sahkan Bakal Nikah Dengan Duda Anak Dua
Balu kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim mengesahkan bakal bernikah dengan duda anak dua berusia 41 tahun pada 8 November ini.
Memetik Harian Metro, Ina berkata dia tiada niat merahsiakan berita pernikahan tersebut dan majlis akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja.
“Jadi, saya tidak merancang buat secara besar-besaran dan sekiranya makanan tidak cukup, bimbang boleh timbulkan fitnah pula. Nanti kasihan pula emak dan abah jadi bualan orang,” katanya.
Menurut Ina, bakal suami adalah peminat Allahyarham suaminya dan mendakwa mula mengenali lelaki itu selepas Aidilfitri lalu.
“Bakal suami berusia 41 tahun dan betul dia duda anak dua. Dia sudah lama mengidolakan keluarga kami dan cara arwah Suhaimi mengajar anak-anak.
“Dia memulakan langkah dengan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada saya. Pada mulanya, saya tidak layan, tetapi selepas dia tidak berputus asa mencuba, akhirnya saya sambut salam perkenalan.
“Bakal suami adalah bekas tenaga pengajar di Giat Mara. Niatnya berkahwin dengan saya kerana mahu mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membela nasib ibu tunggal,” katanya.
Sementara apabila ditanya penerimaan anak-anak, Ina berkata mereka menerima kehadiran bakal bapa tiri dengan terbuka dan bakal suami ikhlas menyayangi anak-anaknya.
“Alhamdulillah, mereka terima. Saya jelaskan kepada anak-anak kenapa saya perlu berkahwin semula. Saya nampak bakal suami pun ikhlas menyayangi anak-anak saya. Dia juga mahu menjadi seperti arwah suami, hendak mengajar anak-anak kerana bakal suami memiliki latar belakang dalam bidang kejuruteraan,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source