Lori bawa 18,700 peket minyak masak terbabas di pangkalan haram
RANTAU PANJANG – Sekumpulan penyeludup cabut lari meninggalkan sebuah lori yang membawa sebanyak 18,700 peket minyak masak subsidi bernilai RM46,750 selepas kenderaan itu terbabas di kawasan pangkalan haram Ayam, Kampung Terusan di sini hari ini.
Lori jenis Nissan itu dijumpai sudah ditinggalkan di kawasan tersebut kira-kira pukul 4 petang semasa anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota PGA menyerbu pangkalan haram itu selepas menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan minyak masak di kawasan tersebut.
Menurutnya, anggota bertugas yang tiba di lokasi itu mendapati sebuah lori sudah terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan tanpa pemandu.
“Pemeriksaan mendapati, ratusan kotak mengandungi sebanyak 18,700 peket minyak masak tanpa dokumen yang sah berada di dalam lori tersebut.
“Siasatan mendapati, kesemua bahan mentah yang bernilai RM46,750 itu dipercayai akan diseludup ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Nik Ros Azhan memberitahu, lori yang ditinggalkan oleh suspek di pangkalan haram itu dianggarkan bernilai RM160,000.
“Lori dan kesemua minyak masak itu dibawa ke Balai Polis Jelawat, Bachok dekat sini untuk tindakan lanjut.
“PGA akan terus mempergiat usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara,” ujarya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source