Siswazah dari Australia ternak itik telur jana RM21,000 sebulan
KAMPAR: Berkelulusan Ijazah Perniagaan Antarabangsa dan Pengurusan, Universiti Murdoch, Perth, Australia tidak menghalang Muhd. Azim Hizal Hila Ludin, 31, menceburi bidang penternakan itik telur secara aktif sejak tiga tahun lalu.
Katanya, industri penternakan itu mempunyai potensi yang besar dan tidak ramai yang menceburinya.
“Sebenarnya, sebelum habis belajar lagi saya sudah terlibat dalam perniagaan produk kecantikan dan penjagaan diri.
“Sebaik sahaja pulang ke negara ini, ibu mewarisi tanah seluas tiga ekar termasuk kolam buatan yang tidak terjaga dan meminta saya menguruskannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di Mambang Diawan di sini semalam.
Muhd. Azim berkata, berdasarkan perbualan dengan beberapa penternak ayam, itik dan hiasan ruminan lain saya fikir itik yang paling sesuai.
“Lagipun perniagaan produk kecantikan dan penjagaan diri saya tidak begitu baik menyebabkan beralik pada penternakan itik. Saya hanya perlu mengeluarkan modal untuk membeli anak itik sebagai pusingan awal dan makanannya secara konsisten,” katanya.
Ujarnya, dia memperoleh pendapatan kasar sehingga RM21,000 sebulan hasil jualan telur itik, sekaya selain ayam daging.
“Sebaiknya pisahkan itik jantan dan betina di kandang. Sekiranya dicampur hasil telur tidak berapa baik dan tidak boleh disimpan lama.
“Telur itik sememangnya digemari oleh pengusaha bakeri dan baulu kerana menjadikan produk akhirnya berasa lebih sedap, gebu dan tahan lama,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source