Kondominium simpan syabu, heroin 124 kg diserbu, dua lelaki ditahan
PETALING JAYA – Sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan heroin yang beroperasi sebuah kondominium kos rendah di Bandar Baru Seri Petaling tumpas selepas dua individu ditahan Rabu lalu.
Penahanan itu dilakukan selepas sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menyerbu kondominium yang dijadikan stor penyimpanan dadah kira-kira pukul 3.30 petang.
Kedua-dua suspek yang juga penjaga stor dan pembantunya berusia 25 dan 21 tahun itu ditahan ketika berada di dalam lif di kondominum terbabit.
Hasil serbuan itu juga, pihak polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 124 kilogram (kg) dan 21 kg dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM4.18 juta yang dibungkus dalam pelbagai bentuk termasuk bungkusan teh Cina.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, ketika penahanan kedua-dua suspek dilakukan, pihaknya telah menemui kira-kira 15 bungkusan dan plastik lutsinar yang mengandungi syabu serta heroin.
Susulan itu katanya, pasukan serbuan kemudiannya membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah di kondominium terbabit dan telah menemui 115 bungkusan berisi dadah syabu dan 40 bungkusan plastik lutsinar berisi heroin.
“Jumlah keseluruhan anggaran berat dadah yang dirampas adalah 124 kg syabu dan 21 kg heroin dianggarkan bernilai RM4.18 juta. Dadah yang dirampas ini boleh digunakan untuk 728,000 penagih.
“Sindiket ini juga dipercayai aktif sejak pertengahan tahun ini dan menyewa kondominium kos rendah sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan kepada pembeli di kawasan Lembah Klang,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur hari ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source