6 Tahun Nikah, Kaka Azraff Dan Suami Bercerai Talak Satu Hari Ini
Penyanyi Kaka Azraff dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya, Adam Azriff apabila mereka berdua sah bercerai talak satu pada hari ini.
Memetik Kosmo, Kaka dan Azam dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Isnin bagi melakukan lafaz cerai secara ekspress.
Kedua-duanya dilaporkan berpisah secara baik dan bersepakat dalam hal penjagaan tiga anak mereka.
Namun begitu, menurut sumber, Kaka difahamkan belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan berhubung berita perceraian itu.
Saya difahamkan Kaka belum sedia untuk membuka mulut berhubung perceraian yang sudah disahkan di mahkamah hari ini.
Puncanya memang dia tak beritahu dan tak kongsi pun hal peribadi. Selama ini mereka macam suami isteri lain, tak nampak pula masalah besar.
Kita doa yang baik-baik sahaja untuk mereka dan anak-anak. Mereka pun masih bersahabat dan menjaga anak-anak sama-sama.
Sekadar info, Kaka dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source