Lelaki Myanmar maki polis di bawah pengaruh dadah
AMPANG JAYA – Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar selepas didapati memuat naik hantaran berbaur makian terhadap anggota polis di aplikasi TikTok, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar pukul 5 petang, semalam.
Katanya, pengadu yang juga anggota Balai Polis Pandan Indah memaklumkan terlihat video berdurasi 45 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok.
“Video itu memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis dan mendapat 160,000 tontonan umum,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, suspek berusia 30-an itu ditahan sekitar pukul 7 petang oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Pandan Indah di kawasan Jalan Pandan 2/3, Pandan Jaya, di sini, pada hari yang sama.
“Semakan mendapati, lelaki warga Myanmar itu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
“Permohonan tahanan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini bagi pihak polis melakukan siasatan lanjut,” katanya.
Kata Mohd Azam, kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multi Media 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source