KKM Tampil Beri Respon Tentang Dakwaan Perigi ‘Ion’ Mampu Sembuhkan Pelbagai Penyakit
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu rawatan mandian dari air perigi yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik.
Telaga yang terletak di kawasan perkhemahan di Ulu Sepri, Rembau itu dipercayai mengandungi teknologi rawatan terapi ion buatan manusia yang pertama di Malaysia.
Rawatan terapi itu dikatakan boleh memberi kesan yang baik untuk mereka yang menghidap penyakit kronik seperti strok, urat saraf, radang saraf dan sebagainya.
Perkara ini telah meraih perhatian warganet dan menimbulkan persoalan mengenai tahap keberkesanan terapi itu memandangkan ia mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dengan hanya menggunakan air mandian dalam telaga tersebut.
Menurut warganet lagi, sebaldi air dicaj dengan harga RM50 dan minyak sapu untuk rawatan itu pada harga RM50.
Oleh itu, warganet menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyiasat mengenai dakwaan terapi perigi terbabit.
Menerusi aplikasi X, KKM memaklumkan bahawa mereka telah mengambil maklum dan sedang mengambil perhatian serius mengenai isu ini.
Terima kasih atas keprihatinan anda. KKM mengambil perhatian serius mengenai isu ini. https://t.co/4k3yQvBzuN
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) October 28, 2024
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source