Shila Amzah Trauma Dengan Pulau Pinang, Kongsi Foto Lama Mata Lebam
Perkongsian penyanyi Shila Amzah menjadi perhatian apabila berkongsikan mengenai Pulau Pinang yang membuatkan dirinya trauma satu ketika dahulu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shila berkata ada insiden berlaku di Pulau Pinang yang menghanturinya selama lebih 10 tahun.
“Ramai di kalangan anda tidak tahu, Penang sangat traumakan saya. Beberapa insiden berlaku di Penang dan saya tidak tahu cara menanganinya, selama lebih 10 tahun,” tulisnya.
Bagaimanapun, Shila berkata baru-baru ini dia dan suaminya, Ubai membuat keputusan untuk bercuti ke negeri tersebut kerana mahu mencipta kenangan mereka sekeluarga.
“Baru-baru ini kami membuat keputusan mahu adakan percutian keluarga, Ubai tahu segalanya dan saya cadangkan Pulau Pinang. Dia tanya saya kenapa, saya cakap saya mahu cipta kenangan baru bersama keluarga kecil kita.
“Akhirnya, kami berjaya. Saya bersyukur yang saya berjaya melakukan bersamanya dan saya berterima kasih mempunyai Ubai dalam hidup saya,” tulisnya.
Susulan perkongsian Shila, ada peminat bertanyakan apa yang membuatnya terlalu trauma dengan Pulau Pinang. Bagaimanapun, Shila hanya memuat naik gambar bengkak dan lebam seperti ditumbuk serta emoji senyum.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source